Hanya Dapat Melihat dari Jauh

Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan Bisa kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?

Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?

Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu dapat berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?

Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi
relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

Pada akhirnya aku pun berkata Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, namun mengapa kamu datang di saat yang tidak tepat? Tidak tepat bagiku, atau bahkan mungkin juga tidak tepat bagimu.

Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, mengapa kamu datang tiba-tiba dalam hidupku tanpa sempat aku berlari untuk menghindari dan menjauhimu? Tanpa sempat aku mendirikan tembok yang kukuh sehingga kamu tak akan bisa memasuki hidupku?

Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu
sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun
mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.


Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.

Betapa ku memohonkan kepada-Mu.. Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini. Semoga Engkau pertemukanku dengan si dia yang lebih sesuai dengan diriku.Top of Form

1 komentar:

  • Anonim

    Kisah yg sama :'( so sad

  • Posting Komentar

     
    Copyright©2011 cok-lah | Template Designer by | Rυđу тяу ѕєтιαωαN | Powered by Blogger